Assalammualaikum wbt
Sy nak berkongsi beberapa aktiviti yang saya lakukan dengan anak-anak sy di tempat kerja. Anak-anak saya ni semuanya muda-muda lagi. Baru 3 tahun dan semua berjumlah 7 orang.
Seronok sebenarnya bile tengok gambar-gambar aktiviti ni balik.Nampak budak-budak duduk diam jer. Dah gambar mana boleh gerak kan. Padahal, situasi sebenar, huhu, macam mana lah cikgu nak jadi tak garang. Ala, bukanla garang mcm singa tapi kena la garang sikit, TEGAS. . Mana taknyer, budak-budak ni bukan pandai duduk diam. Kita pulak kena la jaga keselamatan diorang. Jadi takde masa la nak mengendeng-ngendeng kat situ. Lepas aktiviti baru boleh nak mengendeng-ngendeng, bermanja-manja.
Aktiviti yang saya buat ni ialah buat piza dan rojak. Saya bergabung dengan seorang lagi teacher iaitu Teacher Wan sebab kami berdua pegang anak-anak berumur 3 tahun.Jadi jumlah kanak-kanak semua berjumlah 13 orang.
Untuk aktiviti buat pizza ni saya beli roti pizza segera yang saya beli dekat aeon.Harganya lebih kurang RM 10-12 kalau tak silap. Kamudian untuk topping saya hanya beli tomato puree, sausages, cili benggala, cendawan butang dalam tin dan keju. Ok la tu, lagipun cikgu sendiri keluar duit. Lagipun tujuan sebenar nak beri kanak-kanak ni rasa pengalaman buat pizza sendiri. Umur 3 tahun dah buat pizza sendiri you all. Kau ade??
Saya dulu umur 3 tahun, apa benda pizza pun tak tau lagi.
Seronok tengok reaksi diorang waktu buat aktiviti ni. Lagi-lagi bila dah siap. Dekat PAPN ni memang disediakan 'oven' sebab kami cikgu-cikgu digalakkan buat 'hands on activities' iaitu aktiviti yang kanak-kanak boleh rasa dengan deria mereka iaitu sentuhan, penglihatan, rasa, dengar dan bau. Pendekatan di PAPN lebih kepada bermain sambil belajar. Yelah, what do u expect untuk kanak-kanak 3 tahun ni. Nak ajar pandai baca buku? Buat kira-kira? Rileksss, they're still young. Give them chance la to have fun kan. Zaman kanak-kanak sekali jer. Tugas bagi mereka pandai membaca dan mengira tu semua sy serahkan pada cikgu prasekolah atau tadika mereka..Hahaha. Tapi sy akan membantu jugak supaya mereka ada asas sekurang-kurangnya kenal abc, 123, warna etc..
Ok, back to aktiviti dengan kanak-kanak ni,seronok sebenarnya sebab bile dah siap masak dan waktu makan, memang terbaek la. Semua makan habes..sedap kata mereka..
Untuk aktiviti kedua iaitu buat rojak. Biasalah kan, rasanya ni aktiviti senang kanak-kanak kalau tema makanan. Selain aktiviti buat rojak, aktiviti lain yang mudah seperti buat salad dan sandwich juga boleh dilakukan. Saya ada lagi banyak aktiviti tema makanan ni tapi kita cerita nantila yer.
Penat dah menaip, layan gambar la.Gamba tak banyak. Yela mana nak kawal budak lagi, nak mengajar lagi nak tangkap gambar lagi.Ok la nie.. Sampai berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment