My life as wife,daughter+daughter in law,early childhood educator and mama cat

Saturday, January 10, 2015

Litter kucing yang paling best dan berbaloi-baloi


Assalammualaikum wbt

Hari ni sy nak cerita psl kucing-kucing sy.

Sy ada bela 4 ekor kucing di rumah kecil sy.(2 jantan 2 betina). Sy memang suka kucing sejak dari zaman pakai pampers lagi tapi keadaan tak mengizinkan sy bela secara serius macam sy ade tulis dalam post catzzzz 1 sebelum ni.

Ok, disebabkan sy ade 4 ekor kucing, duduk pulak dekat 'kondo' mini ni,so yang paling penting mestila pemilihan litter kan or pasir kucing.

Ada macam-macam jenis litter antaranya :-


  1. Paling terkenal sekali- Pasir
  •  Pasir ada 2 jenis iaitu:-
    • Clumping (Bergumpal)
    • Declumping (Tak bergumpal)
  • Beza nya cuma kalau clumping, bila kucing poo and pee, pasir akan bergumpal manakala yang declumping tu sebaliknya la.
  • Sy pernah guna yang clumping
    • Yang best-
      • Bila poo and pee tu bergumpal,kucing x terpijak. Pastu poo die x lembik sbb pasir tu dah serap air dalam poo tu.
      • Bila kite scoop,pasir yang masih bersih akan jatuh dekat jaring scoop tu, so hanya pasir yang kotor yang kite scoop.
      • Range harga dari murah sampai ke mahal. Affordable.
      • Ada banyak bauan, apple, rose, lemon..Biasa sy amek lemon je, segar ckit.
    • Yang tak best-
      • Pasir akan melekat dekat kaki kucing, then bila kucing jilat, sangatla membahayakan kesihatan kucing.
      • Bersepah-sepah kalau kucing banyak. Sy letak litter box dlm toilet, pasir akan bersepah dekat lantai dan bila jirus air masih melekat-lekat macam simen.
      • Kalau tinggal lama, masih akan berbau, campur pulak dengan bau lemon/rose/..bayangkan bau busuk sembur dengan perfume..wekkk
      • Tidak boleh 'flush'.Poo and pee kene scoop and letak dlm plastic bag  buang dekat tong sampah.Haruslah kene buang dekat tong sampah luar rumah kan..kalau tong sampah dalam rumah abes berkepam 
      Gambar cedok dari google
2. Adik beradik pasir- debu pasir/ pasir halus

  • Lebih kurang macam pasir tapi lagi halus. Macam tanah pun ade, macam debu pun ade. Waktu di'promote' pasir ni clumping, tapi bila pakai x dela clumping sangat.
  • Sy x lama pun guna nak tepek gambar pun cari kat Prof google x jumpe.
  • Sy x taula kalau saya tak reti guna ke tapi bagi saya memang x best la. Harga pun mahal, bila melekat dekat kaki kucing, tinggalkan jejak-jejak hitam macam kucing baru lepas pijak baja. (sy terbeli sbb waktu tu petshop buat jualan murah and nampak packaging macam premium..heheheh)
  • Well, not recommended
3. Paling saya suka------jenis kayu/ wood pellet

  • Okay, selepas menggunakan kedua-dua jenis litter ni, saya masih lagi tak puas hati sbb sy kerap kene bersihkan toilet yang bersepah dengan pasir, so bila lantai kene jirus jadi basah lagila pasir melekat-lekat. Lantai basah, mesti kucing tak suka pijak kan. Nanti ter'melepas' pulak dekat luar.
  • Sebelum guna wood pellet ni, sy siap beli slippery mat dekat toilet untuk atasi masalah pasir bersepah ni. Tapi masih x menjadi.
  • Jadi penyelesaiannya, sy ade wat blogwalking tentang type2 litter yang direkomenkan oleh penggemar kucing dalam dan luar negara.
  • Terlintas dekat satu blog ni, lupalah blog mana (dah lama) yang rekomen wood litter.
  • At first place, sebelum ni sy memang x terlintas langsung nak beli jenis wood ni. Dalam fikiran ni, ish lagila berbau kan kayu kene kencing kucing or nak ke kucing poo and pee kat benda alah ni.
  • Tapi dalam pada tak berapa yakin tu, try jugak la. Dalam hati lau x best, nak try beli jenis crystal pulak.
  • Hasilnye :- Oh ye paling penting untuk guna litter jenis wood ni kene guna yang 2 layer. Yang ade jaring-jaring belah atas and bawah die bekas litter biasa.
  • Kene guna jenis ni kalau nak kepuasan maksimum
    • Yang best :-
      • yang paling best sekali ialah, jenis wood ni flushable.YESSSS..tapi packaging dulu la.packaging sekarang ni die tak pasti. Tapi sy bantai jer buang dalam jamban.Tapi jangan buang banyak2.Saya buang poo die saja.So adala sikit-sikit melekat kat poo die.Kalau buang semua..oppss tak dijamin tandas tak tersumbat.
      • Walaupun lepas poo and pee, die tak clumping tapi still die serap kelembapan.
        •  Bila kene pee, wood tu akan mengembang dan menggebu(fluffy)/ringan. Bila kita goncangkan die, yang gebu2 dan hancur tu akan turun ke bawah jaring. Tinggal yang elok je bahagian atas.Tapi kalau biar lama-lama mungkin jadi mengembek.Jadi bagi mengelakkan bau (biasanya, bau pee lagi kuat dari bau poo), saya akan buang dan scoop wood yang dah menggebu belah bawah tu dan buang dalam tong sampah khas untuk sampah litter sahaja.
        • Lagi satu bila pakai  jenis wood dan guna bekas jaring ni, kadang-kadang pee kucing terus turun ke bahagian bawah jaring. Jadi kucing xdela terpijak kencing die sendiri. Kalau tak sempat turun ke bawah dan diserap oleh wood pulak, memang wood tu x lembab sangat kecuali kalau wood tu dah serap banyak sangat air.
        • Tengok belah bawah tu ialah pee.disebabkan sy kedekut  letak sikit je, jadi pee tu tak sempat ditangkap oleh wood tu dan terus menuju ke bawah. Jimat (tengok tu atas lantai wood yang jatuh, kalau kene air die akan hancur dan menggebu)
        • Poo pula, saya biasa waktu scoop tu golek2 kan pastu angkat buang terus dalam jamban, flush. So, bila poo dah buang dalam jamban dan disappear bau pun kurang.Bila poo dah disappear, automatik kuman or virus berbahaya pun kurang lah kan sebab litter kera dibersihkan. Kalau guna litter pasir karang nak kene scoop and buang tong sampah luar. X lalu duk peram dalam rumah lama-lama.
      • Walaupun terbiar sedikit lama, contoh macam pergi kerja, balik pun masih xde bau berkepam kecuali poo terlampau banyak atau dah tinggal berhari-hari.
      • Tak banyak bersepah berbanding pasir . Kalau terkeluar pun, bila kene air die tak jadi simen, macam jirus habuk je.
      • Litter jenis kayu ni bahan organik kan, jadi die kurang membahayakan kucing yang jilat-jilat lepas poo and pee.
    • Yang tak best
      • Harga die mahal sedikit berbanding jenis pasir
      • Selalu habis dalam pasaran, dah ramai yang guna kot
      • Bekas yang sesuai kene guna yang berjaring., kalau x berjaring x dapat penjimatan dan kepuasan maksimum. Bekas ade jaring pulak mahal sikit.
      • Packaging lama
Kata petshop, ni packaging baru fido yang gambar atas tu. Tak tau la betul ke tak.Tapi so far nampak sama je.
4. Jenis crystal
  • Maaflah yang ni sy x sempat guna sbb sy dah puas hati guna yang wood, jadi tak boleh nak ckp lebih2.
  • Dari pembacaan , jenis crystal ni ade yang kata bagus sebab boleh guna berkali-kali, malah dekat petshop kata sy boleh basuh dan jemur pastu guna balik. Ntahla, x de masa pulak nak membasuh dan jemur balik tu.
  • Rupa nampak menarik, tapi tak sakit ke kaki kucing tu pijak benda ni ye.
  • Harga agak mahal
Nampak menarik kan, suci murni je
5.Jenis kertas
  • Yang ni pun tak pernah guna lagi and harganya pun agak mahallll.

TTC dan kuasa Allah


Assalammualaikum wbt

Hari ni masuk post ke-3. Penangan cuti miscarriage.

Selepas ada kekuatan untuk declare diri sy as TTCians,sy tak sempat nak cerita lagi tentang perjalanan TTC sy selama 2 tahun sebabnye dengan izin Allah, sy pregnant.(Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk merasa nikmat tersebut walaupun sementara)

Apa yang sebabkan sy pregnant?

Walaupun sy ada buat infertility check up dan pernah on clomid untuk 2 cycle (masih belum ada rezeki) tp semasa sy dapat tahu sy mengandung, sy clean dari clomid. Sebenarnya waktu tu sy menunggu untuk AF sebab sy nak on clomid untuk cycle ke 3.

Tapi kuasa Allah melebihi segala-galanya.

Dalam jangka masa TTC selama dua tahun, mcm-mcm yang sy cuba tapi kuasa Allah paling hebat. Kita berusaha macam mana pun, Allah yang tentukan.

Btw, bukan bermaksud kita tak perlu ikhtiar..kita perlu ikhtiar tapi kene ingat walau mahal macam mana pun ubat atau rawatan, Allah yang akan tentukan rezeki anak tu jadi milik kita atau tidak.



Thursday, January 8, 2015

Miscarriage kandungan bawah 12 minggu


Assalammualaikum wbt

Wah, dalam satu hari sy buat 2 post sekaligus.

Sy bosan cuti seminggu after miscarriage ni,so sambil download movie sambil berblogging.

Sebelum ni, sy dah cerita tentang sy dah miscariage pada 3/1/2015.

Entry ni sy nak cerita tentang perasaan dan kesakitan atau experience waktu miscariage ni. InsyaAllah kalau sy dikurniakan anak nnt, die boleh baca pengalaman 'umi' die masa muda. Amin

Dari 1/1/2015 yang sy start spotting tu, kerja sy ialah duk google tentang spotting atau pendarahan awal kehamilan. Kalau sebelum tu, kerja saya tiap2 hari ialah buat upt. (seronok sgt setiap kali nampak double line yang terang benderang)

Dari Prof Google, kerisauan sy sekejap turun,sekejap naik macam graf prestasi dekat sekolah dulu. Setiap hari berdoa semoga spotting berhenti sampaila malam 2/1/2015, saya redha je kalau baby nak keluar sebab spotting semakin banyak.

Pagi 3/1/2015 saya dah bersedia. Lepas mandi, sy tukar daripada panty liner ke pad. Sy solat subuh mcam biasa,memang waktu spotting tu sy solat mcm biasa walaupun keluar darah.Sy tawakal je sbb memang sy x boleh stop darah tu.

Lepas baca quran especially surah Al-Hijr ayat 97-99, saya tidur.

Sy bangun dan still buat kerja macam biasa sampaila waktu zuhur. Waktu ni dah rase ,sy nak solat lagi ke sebab darah dah makin banyak macam darah period tapi xde ketul atau macam tisu.

Sy ajak suami pegi Hospital Seri Manjung sbb  sy rse maybe memudahkan since semua medical record sy dari wat infertility treatment ade kat sana.

Sy daftar Bahagian Kecemasan sbb hari Sabtu,klinik semua tutup. (Suami pegi parking kereta waktu ni).Sy dapat kad kuning dekat 'triage' (saringan) dan tak lama lepas tu nama dipanggil.

Bila masuk, sy dapat doktor perempuan india yg nampak mcm...ermm. Ok, sy x kisah dapat doktor mane pun sbb yela hospital gomen kan cume doktor ni x mesra alam langsung berbanding doktor yang sy dpt waktu mula2 spotting(doktor lelaki cina,walaupun lelaki bangsa lain tapi sangat gentle)

Lepas tu sy disuruh amek urine.Ok, fine dahla toilet kat luar dgn sakit mcm senggugut dah start. Tp memang sy buat2 kuat sbb nak memudahkan kerja.

Masuk lepas bg urine, lepas -'a while'-kene ambil darah (--ade gap masa di situ, biasala mane nak dpt full attention kan)

Waktu amek darah kat lengan,ni doktor main cungkil2 je cari urat. Kalau orang takut jarum memang kene tendang dah doktor ni. (sampai hari ni 8/1/2015..still ade lebam ok,tp x boleh tunjukla-kawasan aurat). Lepas tu die cucuk utk masuk air. Lagi sekali, memang lepas die cucuk,tak kene urat die tarik semula pastu cucuk balik main cungkil2 je cari urat bwah kulit tu. Malas nak cakap sakit ke ape sbb sy nak mudahkan kerja die. (sebelum ni, ade doktor sikh lelaki ambil darah sgtla lembut walaupun tau die bz sangat-so x semua la doktor gomen ni tak mesra alam-SEGELINTIR sahaja)

-tunggu lgi-

Lepas tunggu lagi,doktor datang balik untuk cek bwh tut. Sy nampak doktor tu pegang alat macam mulut itik untuk buke bawah. Waktu spotting 1/1/2015 tu pun, doktor ade cek sbb nak tengok serviks. Waktu tu doktor kate servik tutup lagi.

Kali ni, doktor india ni x ckp pape just ckp , tahan sikit ye. Pastu die godek2,die seluk2 keluar la seketul daging. Abes berdarah,nasib baik dah tukar ke kain hospital. Tapi memang doktor ni takde 'human touch' langsung sbb tak ckp pun 'sabar ke, sori maybe you akan miscariage ke'..ok fine.

Lepas tu, suami sy dtg..sy dah meleleh air mata.. Pastu doktor datang balik suruh beralih katil. Die boleh tanya dengan muka selamaba 'why u crying?'..OMG..sy malas nak ckp banyak..jus said takde ape.

Beralih katil

-tunggu lagi-

Sambil tunggu doktor sambil tunggu air drip turun.Still macam tu jugak air dalam botol tu, tak terjejas langsung. Lepas tu ade sorang 'MA'. kot datang untuk bersihkan tempat pakcik sebelah.Die tarik langsir dengan kuat without checking, jatuhla stand 'botol air' tu sampai tertarik dengan tangan. Mau je rse nak maki, dahla sakit makin kuat.

Dengan xde perkataan 'MAAF', die cube nak tegakkan stand tu tapi  penyangkut botol da tercabut. Pastu die amek botol lain gantikan. Nasibla hospital kerajaan..nak demand lebih2 x kena pulak.

SAKIT MAKIN KUAT..DAH MCM NAK BERSALIN PUN ADE

Sekejap datang kuat sangat, pastu slow.Pastu KUAT pastu slow.

Waktu ni sebut nama Allah je nak hilangkan fokus dekat sakit tu.

Lama jugakla tunggu, pastu sy kene panggil pegi wad pemerhatian.

-tunggu lagi-

Waktu ni tunggu lagi, tp suasana tenang ckit, privacy ckit tp sakit makin kuat cume macam graf, sekejap SAKIT SANGAT, pastu slow, pastu SAKIT SANGAT.

Tp sy malas nak ckp dekat doktor atau nurse,tahan jela sbb nanti kate kite manja sangat.Yerla hospital gomen kan..kang mengadu lebih2 mesti kate 'nak special pergi swasta la'.

Sambil tahan sakit, sambil tengok air botol tu x bergerak langsung, mcm xde function je.

Lama jugak lepas tu, nurse datang dengan wheel chair untuk pegi labour room.Nurse buka je botol air tu sbb die kate lau mcm ni sampai esok pun x habis.

Perasaan naik wheelchair.Malu pun ade, semua orang tengok.Nak je rase mintak jalan sendiri tapi mengenangkan kain yang berdarah2 tu.lagila malu org tgk.

Sampai kat labour room, doktor masuk untuk cek bawah tut lagi gune mulut itik tu.

Doktor perempuan ni muda.1st impression nampak baik tapi....

Waktu tengah terbuka kedua kaki tu , doktor kate nampak ade 'p.o.s'..sy rse benda tu merujuk pada gumpalan daging yang keluar..die kate die nak panggil doktor yang lebih senior..

Doktor senior ni datang,walaupun muda tp langsung xde snyum ok..muke je nampak comey.

Die seluk n bawa keluar seketul lagi n masukkan dalam bekas. So ade dua ketul dalam dua bekas.(termasuk satu yang doktor india tadi keluarkan) Die tak bagitau apa2 pun, duk bincang sama sendiri pastu suruh sy bangun untuk scan.

Well, al least ckp la maaf ye puan, maybe puan dah gugur or sabar ye puan.

Doktor senior suh jalan bilik sebelah untuk scan. Dah scan die kate" x nampak apa2 dah.Ok"

Tu je.sy pulak yg tye die sbb nak kepastian x nampak apa tu means apa..Die ckp dah gugur kot. dah kosong.

Ok, sy dah x rse apa dah..Lepas tu, kene jalan bilik sebelah balik jumpe doktor junior tu utk interview. Entah untuk ke berapa kali, die tye benda sama..last period bile.medical history start dari tau positif..bla bla bla..Rase nak je ckp kan sepatutnya benda tu kan dah ada..sy follow up dr awal sy positif upt ari tu semua dah tulis.X penat ke tulis benda sama.

Lepas abes interview, doktor bg prescription utk antibiotik.Sy tanye boleh tak sy dpt mc.Doktor kate x boleh. Sy tye lagi seari pun x boleh ke doc sbb sy naik feri lagi, kerja jaga budak lagi, dahla budak baru masuk...berat tau tak. 'Nope'

TENSIONNNNNYEE...Lepas buka drip kat tangan tu, sy pun keluar.husband pegi amek ubat. Waktu tunggu tu, kapas yang tekan bekas jarum tu lencun dengan darah sampai meleleh2.

Sy masuk balik nak mintak kapas. Lepas tu doc tadi dtg bg kad untuk jumpe lagi 2 minggu..Takde pun kate sori ye, sy lupe nak bg.. Memang doc2 ni x de perkataan maaf dalam kamus diorang kot.

Wahhh panjang kan..memang panjang.

Pengajarannya-x susah pun tunjuk human touch ape lagi kte kerja dengan manusia bukan robot, x kisahla kerja sbg apa. Sy fhm as gov servant ni kte stress sbb client kte mcm2 perangai..sy pun gov servant, client sy pun lgla mcm2 perangai dgn pentadbiran lagi, tp jgn la jd mcm robot.

Disebabkan x dpat mc, sy pegi swasta dan Alhamdulillah dapat mc seminggu. Memangla gugur ni fizikal tak kritikal , nampak sihat tp sbgai manusia, sy perlu rehat untuk emosi. Kalau ikut pantang melayu pun sekurang-kurangnya pantang 2 minggu.

Well, sy belajar tentang human touch ni dr doktor swasta. Die terkejut sy x dpt mc langsung, tu yang die kate doktor yang x bg mc tu dah hilang human touch.

Sekian

Tinggal kenangan 24/12/2014


Redha


Assalammualaikum wbt

11 December sy ada post tentang TTC.

Allah Maha Besar, pada 20/12/2014 buat pertama kalinya dalam hidup sy dpt BFP and garisan tu sangat pekat, no faint line at all.

Syukur Alhamdulillah

Tapi, kenangan terindah ini tak bertahan lama.

Sy start mengalami spotting pada 1/1/2015. (edit-silap tgk kalendar)

Disebabkan kandungan yang memang sangat diharapkan, secepat mungkin saya pegi ke Hospital Seri Manjung. Doktor scan dan nampak kantung dan kandungan berusia 5 minggu. Tp doktor diagnos sebagai 'threatened miscariage'.

Tapi doktor x bekalkan apa-apa ubat. Sampai ke malam spotting masih ade n spotting tu actually fresh blood yang sedikit, tp dah kering tu yang bertukar jadi mcm brown.

(Utk wanita mengandung, spotting memang merisaukan. Tp kalau spotting tu brown stain gitu, insyaAllah xde pape.Tp kalau dah fresh blood walaupun stain cepat2la jumpe doktor)

Malamnye sy x puas ati sbb still ade spotting yang fresh blood, so sy pegi Klinik Sakit Puan dekat Sitiawan Sy xnak ckp sy dah pg Hospital Manjung pagi tu sbb nak tgk doktor ni cakap ape pulak.
Doktor scan dan kate benda yang sama ..kantung ade n baru 5 weeks.Tp  yang saya nantikan sebenarnya doktor bagi ubat Duphaston. Duphaston ni mcm 'miracle pill' bg yang period tak regular macam saya sbb die boleh induce period and kalau mengandung die boleh kuatkan rahim sbb die ade hormon progestrone. (Progestrone ni penting untuk period and mengandung-based on result infertility check up, saya got low progestrone level on cd21, other than that-semua normal include no blockage on fallopian tube)

But still, walaupun dah on duphaston...takdir Allah tiada siapa boleh menghalang..

Malam sebelum miscariage, sy dah redha sbb spotting masih x berhenti. Sy rse mungkin kalau baby ni survive, die tak sihat. So malam tu sy usap perut n sy bgtau sy redha kalau 'baby'(waktu ni belum pun jadi baby) nak keluar.

Spotting sy masih x berhenti. Pada 3/1/2015 spotting sy makin banyak. Sy start pakai pad sbb sy dah rse sy akan gugur.

Akhirnya, sy mengalami miscarriage pada 3 Januari 2015.

Bukan permulaan yang baik bagi tahun 2015 tp sy redha.

Sekurang-kurangnya sy dapat jugak rase perasaan dapat BFP walaupun sekejap.

Next entry pengalaman miscarriage.