My life as wife,daughter+daughter in law,early childhood educator and mama cat

Saturday, January 10, 2015

Litter kucing yang paling best dan berbaloi-baloi


Assalammualaikum wbt

Hari ni sy nak cerita psl kucing-kucing sy.

Sy ada bela 4 ekor kucing di rumah kecil sy.(2 jantan 2 betina). Sy memang suka kucing sejak dari zaman pakai pampers lagi tapi keadaan tak mengizinkan sy bela secara serius macam sy ade tulis dalam post catzzzz 1 sebelum ni.

Ok, disebabkan sy ade 4 ekor kucing, duduk pulak dekat 'kondo' mini ni,so yang paling penting mestila pemilihan litter kan or pasir kucing.

Ada macam-macam jenis litter antaranya :-


  1. Paling terkenal sekali- Pasir
  •  Pasir ada 2 jenis iaitu:-
    • Clumping (Bergumpal)
    • Declumping (Tak bergumpal)
  • Beza nya cuma kalau clumping, bila kucing poo and pee, pasir akan bergumpal manakala yang declumping tu sebaliknya la.
  • Sy pernah guna yang clumping
    • Yang best-
      • Bila poo and pee tu bergumpal,kucing x terpijak. Pastu poo die x lembik sbb pasir tu dah serap air dalam poo tu.
      • Bila kite scoop,pasir yang masih bersih akan jatuh dekat jaring scoop tu, so hanya pasir yang kotor yang kite scoop.
      • Range harga dari murah sampai ke mahal. Affordable.
      • Ada banyak bauan, apple, rose, lemon..Biasa sy amek lemon je, segar ckit.
    • Yang tak best-
      • Pasir akan melekat dekat kaki kucing, then bila kucing jilat, sangatla membahayakan kesihatan kucing.
      • Bersepah-sepah kalau kucing banyak. Sy letak litter box dlm toilet, pasir akan bersepah dekat lantai dan bila jirus air masih melekat-lekat macam simen.
      • Kalau tinggal lama, masih akan berbau, campur pulak dengan bau lemon/rose/..bayangkan bau busuk sembur dengan perfume..wekkk
      • Tidak boleh 'flush'.Poo and pee kene scoop and letak dlm plastic bag  buang dekat tong sampah.Haruslah kene buang dekat tong sampah luar rumah kan..kalau tong sampah dalam rumah abes berkepam 
      Gambar cedok dari google
2. Adik beradik pasir- debu pasir/ pasir halus

  • Lebih kurang macam pasir tapi lagi halus. Macam tanah pun ade, macam debu pun ade. Waktu di'promote' pasir ni clumping, tapi bila pakai x dela clumping sangat.
  • Sy x lama pun guna nak tepek gambar pun cari kat Prof google x jumpe.
  • Sy x taula kalau saya tak reti guna ke tapi bagi saya memang x best la. Harga pun mahal, bila melekat dekat kaki kucing, tinggalkan jejak-jejak hitam macam kucing baru lepas pijak baja. (sy terbeli sbb waktu tu petshop buat jualan murah and nampak packaging macam premium..heheheh)
  • Well, not recommended
3. Paling saya suka------jenis kayu/ wood pellet

  • Okay, selepas menggunakan kedua-dua jenis litter ni, saya masih lagi tak puas hati sbb sy kerap kene bersihkan toilet yang bersepah dengan pasir, so bila lantai kene jirus jadi basah lagila pasir melekat-lekat. Lantai basah, mesti kucing tak suka pijak kan. Nanti ter'melepas' pulak dekat luar.
  • Sebelum guna wood pellet ni, sy siap beli slippery mat dekat toilet untuk atasi masalah pasir bersepah ni. Tapi masih x menjadi.
  • Jadi penyelesaiannya, sy ade wat blogwalking tentang type2 litter yang direkomenkan oleh penggemar kucing dalam dan luar negara.
  • Terlintas dekat satu blog ni, lupalah blog mana (dah lama) yang rekomen wood litter.
  • At first place, sebelum ni sy memang x terlintas langsung nak beli jenis wood ni. Dalam fikiran ni, ish lagila berbau kan kayu kene kencing kucing or nak ke kucing poo and pee kat benda alah ni.
  • Tapi dalam pada tak berapa yakin tu, try jugak la. Dalam hati lau x best, nak try beli jenis crystal pulak.
  • Hasilnye :- Oh ye paling penting untuk guna litter jenis wood ni kene guna yang 2 layer. Yang ade jaring-jaring belah atas and bawah die bekas litter biasa.
  • Kene guna jenis ni kalau nak kepuasan maksimum
    • Yang best :-
      • yang paling best sekali ialah, jenis wood ni flushable.YESSSS..tapi packaging dulu la.packaging sekarang ni die tak pasti. Tapi sy bantai jer buang dalam jamban.Tapi jangan buang banyak2.Saya buang poo die saja.So adala sikit-sikit melekat kat poo die.Kalau buang semua..oppss tak dijamin tandas tak tersumbat.
      • Walaupun lepas poo and pee, die tak clumping tapi still die serap kelembapan.
        •  Bila kene pee, wood tu akan mengembang dan menggebu(fluffy)/ringan. Bila kita goncangkan die, yang gebu2 dan hancur tu akan turun ke bawah jaring. Tinggal yang elok je bahagian atas.Tapi kalau biar lama-lama mungkin jadi mengembek.Jadi bagi mengelakkan bau (biasanya, bau pee lagi kuat dari bau poo), saya akan buang dan scoop wood yang dah menggebu belah bawah tu dan buang dalam tong sampah khas untuk sampah litter sahaja.
        • Lagi satu bila pakai  jenis wood dan guna bekas jaring ni, kadang-kadang pee kucing terus turun ke bahagian bawah jaring. Jadi kucing xdela terpijak kencing die sendiri. Kalau tak sempat turun ke bawah dan diserap oleh wood pulak, memang wood tu x lembab sangat kecuali kalau wood tu dah serap banyak sangat air.
        • Tengok belah bawah tu ialah pee.disebabkan sy kedekut  letak sikit je, jadi pee tu tak sempat ditangkap oleh wood tu dan terus menuju ke bawah. Jimat (tengok tu atas lantai wood yang jatuh, kalau kene air die akan hancur dan menggebu)
        • Poo pula, saya biasa waktu scoop tu golek2 kan pastu angkat buang terus dalam jamban, flush. So, bila poo dah buang dalam jamban dan disappear bau pun kurang.Bila poo dah disappear, automatik kuman or virus berbahaya pun kurang lah kan sebab litter kera dibersihkan. Kalau guna litter pasir karang nak kene scoop and buang tong sampah luar. X lalu duk peram dalam rumah lama-lama.
      • Walaupun terbiar sedikit lama, contoh macam pergi kerja, balik pun masih xde bau berkepam kecuali poo terlampau banyak atau dah tinggal berhari-hari.
      • Tak banyak bersepah berbanding pasir . Kalau terkeluar pun, bila kene air die tak jadi simen, macam jirus habuk je.
      • Litter jenis kayu ni bahan organik kan, jadi die kurang membahayakan kucing yang jilat-jilat lepas poo and pee.
    • Yang tak best
      • Harga die mahal sedikit berbanding jenis pasir
      • Selalu habis dalam pasaran, dah ramai yang guna kot
      • Bekas yang sesuai kene guna yang berjaring., kalau x berjaring x dapat penjimatan dan kepuasan maksimum. Bekas ade jaring pulak mahal sikit.
      • Packaging lama
Kata petshop, ni packaging baru fido yang gambar atas tu. Tak tau la betul ke tak.Tapi so far nampak sama je.
4. Jenis crystal
  • Maaflah yang ni sy x sempat guna sbb sy dah puas hati guna yang wood, jadi tak boleh nak ckp lebih2.
  • Dari pembacaan , jenis crystal ni ade yang kata bagus sebab boleh guna berkali-kali, malah dekat petshop kata sy boleh basuh dan jemur pastu guna balik. Ntahla, x de masa pulak nak membasuh dan jemur balik tu.
  • Rupa nampak menarik, tapi tak sakit ke kaki kucing tu pijak benda ni ye.
  • Harga agak mahal
Nampak menarik kan, suci murni je
5.Jenis kertas
  • Yang ni pun tak pernah guna lagi and harganya pun agak mahallll.

No comments:

Post a Comment